Indonesia telah menutup sepenuhnya akses ke Gunung Bromo dan menghentikan semua aktiviti pelancongan susulan kebakaran hutan yang merebak di kawasan Kaldera Bromo, Jawa Timur.
Penutupan berkuat kuasa pada pukul 10 malam Sabtu melibatkan lima pintu masuk utama termasuk Cemorolawang, Wonokitri, Jemplang, Coban Trisula, dan Senduro untuk memudahkan operasi pemadaman kebakaran.
Keputusan ini diambil oleh Pengurusan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru untuk memastikan keselamatan pengunjung dan memaksimalkan usaha menangani bencana kebakaran yang masih berlangsung.



