Pelakon Puteri Balqis bimbang apabila ibunya, Norashikin Mohd Aziz kembali berdepan masalah kesihatan selepas disahkan mengalami ketumbuhan cyst buat kali kedua dalam tempoh dua bulan.
Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish, 19, berkongsi bahawa ibunya kini berada dalam keadaan sukar bergerak sehingga tidak mampu berjalan selepas memasuki hari ketiga akibat saiz ketumbuhan makin membesar.
"Ibu Aqish kena cyst lagi dalam tempoh dua bulan.
Hari ketiga tak boleh jalan langsung.
Cyst sudah besar separuh epal," tulisnya menerusi hantaran di Instagram (IG).

