Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
asia

Impian miliki 'six-pack' musnah, perut wanita berkedut akibat kegagalan prosedur sedut lemak

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
8 Ogos 2026, 06:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Bangkok

Seorang wanita Thailand berusia 44 tahun bernama Ying menghadapi masalah serius apabila prosedur sedutan lemak yang dijalaninya untuk mendapatkan perut berotot menyebabkan bahagian berkenaan rosak dan berkedut, mendorongnya mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik.

Wanita itu telah membelanjakan lebih 100,000 baht (kira-kira RM12,300) untuk prosedur berkenaan dan pada mulanya tertarik dengan promosi harga 39,999 baht (kira-kira RM4,900) kerana percaya klinik itu mempunyai reputasi baik.

Dengan bantuan Yayasan Saimai Survive, Ying kini sedang mengejar penyelesaian undang-undang untuk mendapatkan pampasan atas kecederaan yang dialami akibat kegagalan prosedur kosmetik tersebut.