Kadar inflasi Malaysia pada Mac 2026 meningkat sebanyak 1.7 peratus berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya, dengan indeks Harga Pengguna (IHP) melonjak kepada 136.4 daripada 134.1.
Peningkatan ini dipacu terutamanya oleh sektor pengangkutan yang mencatatkan kenaikan 1.6 peratus selepas sebelumnya menurun 0.7 peratus pada Februari 2026.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr.
Mohd.
Uzir Mahidin berkata perubahan ketara dalam sektor pengangkutan didorong oleh impak krisis tenaga global yang bermula sejak penghujung Februari lalu.


