Satu perjumpaan antara ibu bapa dengan pihak sekolah akan diadakan susulan isu kain rentang yang menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap pengetua sebuah sekolah menengah di Jasin, Melaka.
Siasatan awal mendapati segelintir ibu bapa tidak berpuas hati dengan tindakan tegas pengetua dalam menangani isu keterlambatan dan ponteng sekolah, termasuk menutup pintu pagar sekolah pada 7.30 pagi.
Langkah tegas pengetua yang mula berkhidmat sejak dua tahun lepas ini telah dipersetujui dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebelumnya.



