Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
dunia

Jepun perkukuh usaha bendung aktiviti risikan asing

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Berita Harian
13 Julai 2026, 07:07 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Tokyo

Jepun mengakui perlu memperkukuh usaha membanteras aktiviti risikan asing susulan laporan The New York Times yang mendakwa Russia menjadikan negara itu sebagai sarang pengintip dan hab mendapatkan komponen senjata.

Laporan siasatan tersebut mendakwa kelemahan undang-undang perisikan Jepun membolehkan Moscow menggunakan negara itu sebagai pusat operasi pengumpulan risikan dan pemerolehan teknologi dwiguna untuk peperangannya di Ukraine.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Minoru Kihara, menyatakan dalam persekitaran keselamatan yang berubah pantas, terdapat keperluan mendesak untuk mengekang aktiviti risikan asing yang mengancam keselamatan negara Jepun.