Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
ekonomi

JPG dijangka tingkat tahap pengeluaran masa hadapan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Utusan Malaysia
18 Mei 2026, 08:50 PG MYT
Aktif 22h 2min lalu
·🌐 Petaling Jaya

Johor Plantations Group Bhd (JPG) dijangka meningkatkan tahap pengeluaran dan hasil pendapatannya pada masa hadapan menerusi pelaksanaan amalan agronomi unggul serta pengurusan ladang yang lebih berdisiplin, menurut CIMB Securities.

JPG memiliki kira-kira 55,723 hektar ladang kelapa sawit kebanyakannya di Johor dan merancang mempercepatkan program penanaman semula bagi meningkatkan hasil produk sawit.

Kumpulan juga merancang meningkatkan sumber luaran tandan buah segar untuk mengoptimalkan pengeluaran dan keuntungan operasi mereka.