Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan telah menjelaskan bahawa jumlah RM600,000 bagi merobohkan bangunan seakan 'flat' empat tingkat yang dibina secara tidak sah oleh komuniti Rohingya di Sungai Tekali bukan datang daripadanya.
Mohd Sany berkata, anggaran bajet untuk merobohkan bangunan tersebut adalah hasil daripada mesyuarat di peringkat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah (JKTD) yang dipengerusikan Pegawai Daerah Hulu Langat.
Penjelasan ini bertujuan untuk membetulkan persepsi awam mengenai sumber pembiayaan projek perobohkan bangunan berkenaan.

