Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kawalan eksport minyak sawit oleh Presiden Indonesia Probowo Subianto tidak akan menjejaskan kedudukan Malaysia sebagai penanda aras harga minyak sawit dunia.
Walaupun kawalan tersebut boleh mencetuskan ketidaktentuan pasaran dalam tempoh terdekat, penetapan harga minyak sawit mentah global tetap dipengaruhi faktor asas pasaran.
Faktor-faktor seperti pengeluaran, stok simpanan, cuaca, permintaan import dan dasar perdagangan semasa akan terus mempengaruhi harga global.


