Sekretariat Rakyat Bertindak (DESAK) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) mendesak kerajaan untuk mengharamkan model tambang bidding e-hailing, mengkaji semula kenaikan kos insurans e-hailing dan memastikan Akta Pekerja Gig 2025 menyelesaikan isu sebenar pemandu.
Penyelaras DESAK merangkap Presiden PUTRA Datuk Dr Ibrahim Ali menyatakan pemandu e-hailing kini dihadapi tekanan dari tiga aspek yang mengancam kesejahteraan mereka.
Desakan ini dilakukan kerana keperluan untuk melindungi hak dan kepentingan pemandu e-hailing yang semakin dipinggirkan dalam industri tersebut.



