Kerajaan dijangka menanggung kerugian kira-kira RM5 bilion sekiranya menggunakan pendekatan merangka dasar subsidi tanpa pengkelasan pendapatan terperinci seperti T20 atau T10.
Penganalisis ekonomi Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan bahawa kerugian ini kerana peruntukan akan turut dinikmati oleh golongan pendapatan tinggi dalam kategori berkenaan.
Pendekatan subsidi yang tidak tertumpu ini menyebabkan alokasi dana negara menjadi kurang efisien dan boros tanpa sasaran yang tepat.


