Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1 juta kepada Tabung Alumni Anak Negeri Selangor untuk memperluas bantuan kepada anak negeri yang melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia.
Naib Canselor UPM, Profesor Dr Arifin Abdu, berkata sumbangan yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, akan disalurkan menerusi inisiatif Tabung Endowment Alumni Anak Negeri.
Langkah ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam menyokong pendidikan berkualiti dan membantu pelajar dari Selangor.


