Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
terkini

Kes culik Alor Setar: 6 individu direman bantu siasatan

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
8 Ogos 2026, 06:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Enam individu yang ditahan membantu siasatan kes penculikan dua warga asing di Alor Setar, Kedah, kini direman tujuh hari mulai hari ini sehingga 14 Ogos.

Mereka terdiri daripada seorang lelaki tempatan serta empat lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 20-an hingga 40-an yang ditahan di kawasan Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M Kumar menyatakan mereka direman mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 kerana menculik untuk wang tebusan.