Majlis Ulama Indonesia (MUI) Kabupaten Sampang, Madura menggesa pemerintah daerah melaksanakan peraturan jam malam kepada remaja dan kanak-kanak susulan kes remaja perempuan berusia 15 tahun dirogol 27 lelaki yang menggemparkan daerah tersebut.
Pengerusi Suruhanjaya Pemerkasaan Wanita, Keluarga dan Remaja MUI Sampang, Anik Amanillah berkata langkah pencegahan perlu dilaksanakan segera untuk mengelakkan kejadian sama berulang di masa depan.
Undang-undang sedia ada dilihat gagal memberi kesan pencegahan terhadap pelaku jenayah seksual, khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan remaja dalam komuniti tersebut.


