Fathin Amelina Fazlie, Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Titiwangsa dan Pengarah Komunikasi AMK Wilayah Persekutuan, telah mengumumkan peletakan jawatan dan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini.
Keputusan ini diambil selepas pertimbangan yang panjang dan mendalam oleh beliau.
Beliau merasakan perjuangan parti sudah jauh tersasar daripada semangat asal reformasi, prinsip keadilan, dan idealisme yang pernah dipercayainya.


