Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan penghargaan kepada Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, yang bersara wajib selepas berkhidmat selama 36 tahun dalam pengurusan data dan statistik negara.
Sepanjang hampir sembilan tahun memimpin DOSM sejak 2017, beliau berjaya mendorong perubahan paradigma yang signifikan dalam institusi tersebut.
Di bawah kepimpinannya, DOSM telah diangkat daripada sekadar penyedia statistik rasmi menjadi aset strategik negara yang berpaksikan integrasi data, analitik lanjutan, sains data dan teknologi kecerdasan buatan.


