Ketua Perisik Australia Mike Burgess membangkitkan kebimbangan bahawa negara asing berkemungkinan cuba menguasai pusat data di Australia secara rahsia bagi mengakses maklumat milik rakyat dan agensi kerajaan.
Beliau menarik perhatian terhadap risiko yang timbul apabila tiada kejelasan mengenai pemilik sebenar sesebuah kemudahan atau sumber pembiayaan pembinaan infrastruktur tersebut.
Negara asing boleh membuat pelaburan secara sulit dalam projek sedemikian bagi menguasai infrastruktur dan memberi mereka akses secara fizikal atau jarak jauh terhadap teknologi serta maklumat yang disimpan.



