Sebuah keluarga yang terpisah selama hampir 95 tahun akhirnya berjaya menjejaki waris mereka di Dumai, Indonesia selepas pencarian yang berlangsung beberapa bulan.
Rosmi Jamat, seorang pesara guru berusia 64 tahun dari Bandar Jengka, menceritakan bahawa ayahnya Jamat Jaikaran yang berusia 18 tahun telah merantau ke Tanah Melayu pada 1935 kerana wabak malaria yang melanda kampung halamannya.
Arwah bapanya telah meninggalkan pesan kepada semua sembilan orang anaknya untuk berusaha mencari saudara-mara yang masih tinggal di Pacitan, Jawa Timur.


