KPJ Healthcare Berhad mencatatkan peningkatan keuntungan selepas cukai sebanyak 10 peratus kepada RM402 juta bagi Tahun Kewangan 2025 berbanding tahun sebelumnya.
Hasil kumpulan meningkat 9 peratus mencapai RM4.26 bilion daripada RM3.90 bilion pada TK2024, dengan keuntungan sebelum cukai bertambah 6 peratus kepada RM563 juta.
Prestasi kewangan yang kukuh ini memungkinkan kumpulan terus memberikan nilai kepada pemegang saham melalui pulangan lebih baik, kedudukan kewangan lebih kukuh dan pertumbuhan permodalan pasaran yang mampan.




