Kuala Lumpur Business & TVET Institute bersama Universiti Geomatika Malaysia memperkukuh kerjasama strategik dengan memperkenalkan program International Dual Diploma yang diiktiraf di Malaysia dan United Kingdom melibatkan Milton Business School.
Memorandum Persefahaman yang dimeterai di kampus UGM ini menjadi titik permulaan pelaksanaan program pendidikan antarabangsa yang berkualiti tinggi.
Program ini membuka peluang kepada pelajar memperoleh dua diploma dalam tempoh dua tahun, meningkatkan kredibiliti pendidikan Malaysia di peringkat antarabangsa dan memperluas akses pelajar kepada pendidikan berkelas dunia.


