LAC Med Berhad, penyedia penyelesaian teknologi perubatan, memperoleh kontrak bernilai RM78.9 juta untuk membekalkan reagen dan barangan berkaitan ujian kimia patologi kepada 10 hospital awam di bawah Kementerian Kesihatan di Kedah.
Kontrak selama empat tahun bermula 15 Jun 2026 hingga 14 Jun 2030 diperoleh melalui anak syarikat milik penuhnya, LAC Medical Supplies Sdn.
Bhd., berdasarkan model Instrument Placement yang melibatkan perwakilan jenama global.
Projek ini membolehkan kumpulan bertindak sebagai wakil jenama dan memasarkan reagen serta bahan gunanya di pasaran Malaysia.




