Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berpeluk tubih dalam menghadapi krisis global yang semakin kompleks dan akan terus mengambil langkah proaktif.
Beliau menekankan setiap tindakan kerajaan MADANI adalah terarah dan berpaksikan kepentingan rakyat, serta memastikan Malaysia kekal bersedia dan berdaya tahan.
Komitmen kerajaan ini bertujuan melindungi ekonomi Malaysia daripada kejutan bekalan tenaga dan ancaman global lainnya.


