Lebih daripada 250 warga India yang mengaku berasal daripada keturunan Bnei Menashe atau Anak-anak Manasseh, satu suku Yahudi berdasarkan kitab Injil, telah tiba di Lapangan Terbang Tel Aviv dalam operasi kerajaan Israel untuk memindahkan mereka ke negara tersebut.
Mereka disambut dengan meriah melalui gerbang belon berwarna biru putih sambil dialu-alukan dengan nyanyian tradisional Yahudi oleh penduduk setempat.
Kumpulan ini adalah yang pertama dari jumlah keseluruhan kira-kira 4,600 anggota masyarakat Bnei Menashe dari Manipur, India Timur Laut, yang akan dipindahkan selepas kerajaan Israel membuat keputusan pembiayaan pada November lalu.



