Dublin: Seorang lelaki ditahan selepas menceroboh kawasan larangan di sebuah lapangan terbang di Republik Ireland dan didakwa merosakkan pesawat tentera Amerika Syarikat (AS), lapor The Guardian.
Suspek berusia 40-an itu ditahan atas tuduhan khianat dalam insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Shannon, County Clare, pada semalam.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan seorang individu memanjat pesawat pengangkut C-130 Hercules milik Tentera Udara AS yang diletakkan di situ.



