Peningkatan harga minyak mentah global yang melebihi paras AS$110 setong mula memberi kesan langsung kepada permintaan segmen petrokimia menurut MBSB Research.
Keadaan tersebut berpunca daripada gangguan bekalan tenaga berskala besar yang memberi tekanan kos dan kekangan bekalan sebelum menghakis aktiviti hiliran.
Situasi itu mendorong Agensi Tenaga Antarabangsa menyemak semula unjuran permintaan minyak 2026 daripada pertumbuhan positif kepada penguncupan 80,000 tong sehari.


