Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan bahawa pemimpin Israel dan Lubnan telah bersetuju untuk memulakan gencatan senjata selama 10 hari pada 5 petang waktu Malaysia, menurut laporan Reuters.
Seorang pegawai AS yang tidak mahu nama didedahkan mengesahkan gencatan senjata itu akan bermula pada hari Khamis berkenaan.
Perkembangan ini merupakan langkah penting dalam usaha menghentikan konflik berkepanjangan antara kedua-dua negara.



