Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa tindakan Menteri Kesihatan dan kerajaan mengecualikan cecair dan gel rokok elektronik daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 adalah tidak rasional.
Hakim Datuk Aliza Sulaiman mendapati pengecualian dalam Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) 2023 dibuat tanpa rundingan sewajarnya dengan Lembaga Racun.
Keputusan mahkamah ini menetapkan bahawa proses pengecualian tersebut tidak mengikuti prosedur yang betul.


