Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Malaysia masih berdaya saing meskipun dikenakan duti AS 10 peratus

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
28 Julai 2026, 06:36 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Keputusan Amerika Syarikat mengenakan duti import 10 peratus ke atas Malaysia dijangka tidak memberi kesan besar dalam jangka pendek dan malah meletakkan negara pada kedudukan lebih baik dibanding beberapa negara ASEAN lain.

Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA, Dr Mohd Iqbal Mohd Noor menjelaskan kadar duti ini bukanlah kenaikan baharu melainkan menggantikan duti sementara 10 peratus yang berakhir pada 24 Julai lalu.

Keadaan ini menunjukkan bahawa impak tarif ke atas perdagangan Malaysia dengan AS adalah lebih terkawal berbanding negara-negara jiran yang dikenakan kadar lebih tinggi.