Malaysia akan mengkaji keperluan untuk terus menghantar pasukan pengaman ke Lubnan di bawah misi UNIFIL selepas mandat semasa tamat pada Disember ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara ini sedang dibincangkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu susulan peningkatan konflik melibatkan Israel di negara berkenaan.
Malaysia sebelum ini merancang untuk menamatkan penglibatan pasukan pengaman sebaik sahaja mandat UNIFIL berakhir, namun keadaan terkini memerlukan pertimbangan semula.

