Malayan Banking Bhd (Maybank) akan memindahkan ibu pejabatnya dari Menara Maybank di Jalan Tun Perak ke Menara Merdeka 118 bermula 6 Mei 2026 dengan menduduki 33 tingkat di premis baharu tersebut.
Pemindahan ini akan menempatkan kira-kira 7,000 kakitangan dengan laluan masuk khas untuk pekerja, pelanggan dan pelawat yang dirancang secara profesional.
Beberapa anak syarikat Maybank termasuk Maybank Islamic Bhd dan Maybank Investment Bank Bhd juga akan berpindah ke ibu pejabat baharu itu secara berperingkat.


