Myanmar telah mengisytiharkan keadaan darurat di 60 perbandaran merangkumi sembilan negeri dan wilayah untuk membendung keganasan berterusan dengan memberikan kuasa luas kepada pihak tentera.
Pejabat Presiden memaklumkan bahawa langkah darurat yang diumumkan pada Khamis bertujuan mengekang pemberontakan bersenjata, memulihkan kestabilan dan menguatkuasakan kedaulatan undang-undang.
Di bawah perintah itu, kuasa pentadbiran dan kehakiman diserahkan sepenuhnya kepada panglima tertinggi angkatan tentera negara itu.


