Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
eropah

Netanyahu berdepan pertuduhan berhubung serangan ke atas Global Sumud Flotilla

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
12 April 2026, 03:30 PTG MYT
Aktif 16h 40min lalu
·🌐 Istanbul

Istanbul: Pejabat Ketua Pendakwa Raya Istanbul memfailkan pertuduhan terhadap 35 individu termasuk Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, berhubung campur tangan bersenjata terhadap Global Sumud Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza tahun lalu.

Menurut Anadolu Ajansi, pertuduhan itu menuntut hukuman penjara seumur hidup yang lebih berat selain hukuman penjara antara 1,102 tahun sembilan bulan hingga 4,596 tahun bagi setiap tertuduh atas pelbagai kesalahan termasuk jenayah terhadap kemanusiaan, genosid, rampasan kebebasan, penyeksaan, kerosakan harta benda, rompakan, serta menghalang, merampas atau menahan kenderaan pengangkutan.

Menurut kertas pertuduhan itu, aktivis di atas kapal Global Sumud Flotilla dalam perjalanan ke Gaza melalui laut untuk menghantar bantuan kemanusiaan apabila tentera laut Israel melancarkan serangan di perairan antarabangsa.


Garis masaflotilla