Firma penyelidikan mengekalkan unjuran Kadar Dasar Semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi akhir tahun 2026 pada paras 2.75 peratus, mengambil kira penilaian positif BNM terhadap prospek pertumbuhan Malaysia dan jangkaan inflasi yang terkawal.
Ini turut berdasarkan jangkaan BNM bahawa pertumbuhan ekonomi 2026 akan kekal kukuh dalam julat unjuran rasminya antara empat dan lima peratus.
CGS International memaklumkan kenyataan MPC terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, disokong dap elektrik dan elektronik (E&E) yang kukuh dan prospek global yang bertambah baik.


