Seorang juruterbang jet pejuang Korea Selatan diarahkan membayar ganti rugi sebanyak 88 juta won (RM305,000) selepas terlibat dalam insiden perlanggaran di udara yang disebabkan oleh tindakannya merakam foto dan video semasa mengendalikan pesawat.
Juruterbang itu ingin merakam kenangan tugasan terakhirnya sebelum dipindahkan dan mengarahkan dua juruterbang lain untuk mengambil gambarnya menggunakan telefon bimbit ketika pesawat terbang pada kelajuan 578 kilometer sejam.
Insiden ini telah didedahkan oleh Lembaga Audit dan Pemeriksaan pada 22 April sebagai pelanggaran protokol keselamatan penerbangan yang serius.



