Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah bahawa pembangunan fizikal termasuk pembinaan masjid perlu berjalan seiring dengan pembangunan rohani masyarakat bagi memastikan institusi itu terus berfungsi dengan baik.
Baginda menyeru semua pihak termasuk pengurusan masjid, agensi kerajaan dan masyarakat setempat untuk berganding bahu memastikan masjid sentiasa diimarahkan dan relevan.
Masjid harus berperanan sebagai pusat pembangunan ummah, medan penyatuan masyarakat serta pusat penyebaran ilmu dan dakwah bukan sekadar tempat menunaikan solat.




