Penyanyi Amerika bernama D4vd, yang nama sebenarnya ialah David Burke berusia 21 tahun, telah didakwa atas tuduhan membunuh seorang remaja perempuan bernama Celeste Rivas Hernandez yang berusia 14 tahun dan dilaporkan hilang hampir setahun yang lalu.
Artis tersebut berdepan pertuduhan membunuh tahap pertama serta tuduhan tambahan termasuk perlakuan cabul terhadap bawah umur dan memotong anggota tubuh mayat.
Beliau telah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke mahkamah pada hari Isnin dalam kes yang mendapat perhatian meluas di Los Angeles.


