Kerajaan mungkin perlu mempertimbangkan penyesuaian semula Belanjawan 2026 jika purata harga minyak mentah Brent berada pada paras AS$105 hingga AS$120 setong secara berterusan.
Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid dari Bank Muamalat menyatakan isu utama adalah peningkatan kos subsidi terutama jika harga minyak kekal tinggi manakala kerajaan masih mengekalkan harga RON95 pada RM1.99 seliter.
Dalam senario ini, defisit fiskal dijangka meningkat melebihi empat peratus daripada KDNK berbanding sasaran awal 3.5 peratus.


