Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO mencatat lonjakan kes tuntutan manfaat melalui skim LINDUNG 24 Jam dengan 2,135 kes permohonan pada Julai lalu, meningkat tiga kali ganda dari 616 kes pada bulan sebelumnya.
Peningkatan ini membuktikan program tersebut adalah langkah tepat dalam meluaskan jaringan perlindungan pekerja di luar waktu bekerja.
PERKESO telah meluluskan penyaluran faedah membabitkan lebih 90 peratus kes tuntutan dalam tempoh proses yang pantas iaitu kurang daripada lima hari.


