Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) memperkenalkan langkah sementara untuk menyokong pemegang polisi kenderaan susulan gangguan perkhidmatan tunda yang dikaitkan dengan peningkatan kos operasi serta tekanan industri.
Syarikat ahli PIAM telah mengaktifkan pelan bantuan yang merangkumi keutamaan bantuan kecemasan bagi pemandu terkandas, menggalakkan penjadualan awal untuk tundaan tidak kritikal, menggunakan bengkel panel, serta menawarkan pembayaran balik bagi khidmat tunda bebas.
Langkah-langkah ini bertujuan membantu pelanggan terutama dalam situasi mendesak seperti kemalangan dan kerosakan kenderaan.


