Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
hiburan

PIM himpunkan 40 pempengaruh digital dari seluruh negara

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
20 Julai 2026, 06:48 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Hampir 40 pempengaruh digital akan berkumpul dalam Perlawanan Influencer Malaysia (PIM) 2026 yang diadakan di Stadium Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampung Baru pada 15 September depan.

Acara sukan dan hiburan terbesar ini dianjurkan oleh Nakhoda Action Lab sempena sambutan Hari Malaysia dengan berlangsung dari jam 8 hingga 11 malam dan kemasukan percuma kepada orang ramai.

Acara ini menunjukkan komitmen untuk menampilkan talenta pempengaruh digital Malaysia dalam platform yang lebih besar dan dapat diakses oleh masyarakat umum.