Seorang penunggang motosikal warga tempatan maut selepas terjatuh ke lorong tengah sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 301.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah Kuala Lumpur pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof menyatakan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan berkenaan pada kira-kira jam 8 pagi.
Polis akan menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan punca kemalangan tersebut dan mengambil tindakan yang sesuai.


