Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
bisnes

Prestasi kewangan kukuh TH hasil reformasi institusi, pelaksanaan syor RCI - Pakar ekonomi

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
8 Ogos 2026, 06:09 PG MYT
Aktif 0s lalu
·🌐 Kuala Lumpur

Prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji yang lebih kukuh adalah hasil daripada reformasi institusi berkenaan sejak proses penstrukturan semula, termasuk pelaksanaan 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja, menurut pakar ekonomi Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Kekuatan tadbir urus dan disiplin pelaburan pengurusan risiko yang lebih berkesan turut berkontribusi kepada prestasi itu, yang terbukti dengan keupayaan Tabung Haji untuk menjana pendapatan pelaburan sebanyak RM4.64 bilion pada tahun lalu.

Prestasi ini merupakan yang terbaik sejak 2018 dan menunjukkan keberkesanan reformasi institusional dalam memulihkan kepercayaan pelanggan dan kredibiliti Tabung Haji.