Pergerakan Pemuda UMNO Johor menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri Johor bukanlah medan pertembungan antara kerajaan negeri dan Persekutuan, melainkan proses demokrasi untuk rakyat menentukan mandat pentadbiran negeri.
Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyatakan pihaknya kesal dengan kenyataan Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang didakwa cuba memainkan sentimen secara berlebihan.
Pergerakan Pemuda UMNO Johor ingin memastikan Pilihan Raya Negeri Johor dipandang sebagai proses demokrasi yang murni tanpa campur tangan sentimen politikal dari pihak-pihak tertentu.



