Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejuang-Pejuang Kanser di Dewan Kenanga, Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru yang dianjurkan oleh Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (TLJCF).
Majlis ini merupakan komitmen berterusan dalam memupuk semangat kebersamaan dan menunjukkan sokongan moral terhadap komuniti pesakit kanser di Johor.
Seri Paduka Baginda turut mengurniakan sumbangan tunai dan cenderahati kepada 100 pejuang kanser, menunjukkan dedikasi dalam memberdayakan komuniti yang memerlukan.


