Rakyat Malaysia di Jepun dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memantau rapi perkembangan keadaan setempat susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter yang menggegar Wilayah Kumamoto di Pulau Kyushu.
Kedutaan Besar Malaysia di Jepun dalam satu makluman di laman Facebook turut menasihati rakyat Malaysia supaya merujuk laman sesawang Agensi Meteorologi Jepun (JMA) di www.jma.go.jp/jma/index.html bagi mendapatkan maklumat terkini, amaran dan nasihat keselamatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi kedutaan menerusi talian +81 3 3476 3840 (waktu pejabat), +81 70 1471 9756 (selepas waktu pejabat), atau e-mel di [email protected] atau [email protected].


