Trend
Kompilasi Kini TM Follow Like Share
asia

Rakyat Malaysia disahkan antara lapan terkorban dalam nahas helikopter di Indonesia

What Did I Do To Make Her Leave Me Now?
Harian Metro
17 April 2026, 07:56 PTG MYT
Aktif 13h 51min lalu
·🌐 Jakarta

Seorang rakyat Malaysia disahkan sebagai salah seorang daripada lapan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Airbus H130 yang terhempas di Kalimantan Barat pada hari Khamis.

Warga Malaysia itu adalah seorang daripada enam penumpang pesawat malang berkenaan, manakala helikopter juga membawa dua kru iaitu seorang juruterbang dan seorang juruteknik.

Timbalan Operasi dan Kesiapsiagaan Badan Nasional Mencari dan Menyelamat (Basarnas), Edy Prakoso mengesahkan kematian warganegara asing dari Malaysia tersebut kepada media.