Sehingga 13 Mei lalu, Ringgit menunjukkan prestasi positif dengan mengukuh sebanyak 3.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat dalam tempoh tersebut.
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata mata wang tempatan juga meningkat 1.4 peratus berbanding mata wang rakan dagang utama pada suku pertama 2026 dan meningkat 2.9 peratus dari segi kadar pertukaran efektif nominal.
Prestasi mata wang tempatan yang kuat ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia dan potensi pertumbuhan ekonomi negara di masa depan.

