Jabatan Pengangkutan Jalan Terengganu mengesan warga Rohingya menggunakan kenderaan persendirian untuk mengangkut anak-anak ke sekolah dan menjalankan aktiviti pekerjaan harian melalui Operasi Penguatkuasaan Warga Asing sejak 1 Jun.
Pengarah JPJ Terengganu Mohd Zamri Samion menyatakan kebanyakan mereka memandu tanpa lesen memandu kompeten, cukai jalan dan insurans sah.
Keadaan ini membimbangkan kerana melibatkan kesalahan undang-undang yang serius dalam penggunaan kenderaan tanpa kebenaran yang layak.


