Tren kediaman moden kini menunjukkan pemilik rumah lebih memilih konsep yang fleksibel, santai dan tidak terikat dengan satu gaya tertentu dalam menghiasi rumah mereka.
Keunikan konsep ini terletak pada kebebasan menggabungkan pelbagai tekstur, warna, dan perabot daripada gaya berbeza sambil tetap kelihatan seimbang dan tersusun.
Aina Beyla adalah salah satu contoh pemilik rumah yang memilih konsep modern eclectic dengan menggabungkan pelbagai elemen reka bentuk secara harmoni.


