Pengacara dan pelakon Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin membuat penjelasan selepas potongan klip podcastnya tentang hakim Mahkamah Syariah mencetus kecaman di media sosial.
Beliau menegaskan bahawa tujuan asal perkongsian menerusi podcast Too Pretty To Handle adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat, khususnya wanita yang akan menjalani prosiding tuntutan nafkah di mahkamah.
Raja Azura mengatakan perkongsianya telah disalah tafsir kerana potongan klip yang tular tidak memaparkan keseluruhan konteks perbualan dan dia sama sekali tidak berniat mempertikaikan institusi kehakiman.

